PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa gencatan senjata segera dikuatkuasakan di Gaza dan Israel.
Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, peningkatan ketenteraan yang berterusan menyebabkan penderitaan dan kemusnahan pada skala lebih besar.
"Setiausaha Agung PBB (Antonio Guterres) merayu semua pihak untuk segera melakukan gencatan senjata di Gaza dan Israel.
"Peningkatan ketenteraan hanya menyebabkan banyak penderitaan dan kemusnahan. Ia meragut nyawa orang awam termasuk kanak-kanak.
"Pertempuran berpotensi merencatkan misi keamanan dan kemanusiaan bukan sahaja di wilayah Palestin namun di wilayah lain juga," katanya di New York pada Jumaat.
Stephane berkata, semua pihak harus membenarkan usaha perdamaian dipergiatkan untuk tujuan menghentikan segera pertempuran.
"PBB terlibat secara aktif dalam usaha berkenaan dan kini menggerakkan pelbagai usaha bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan kepada mereka yang terkesan di Gaza," tambahnya.
Astro Awani
Sat May 15 2021

PBB menggesa gencatan senjata segera dikuatkuasakan di Gaza dan Israel.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.
Siklon Alfred: Penduduk bergelut dengan pokok tumbang, bekalan elektrik terputus
Kira-kira 316,540 penduduk terputus bekalan elektrik di tenggara Queensland, dengan bandar Gold Coast merupakan kawasan paling teruk terjejas.
Darurat diisytiharkan di Long Island, New York
Darurat diisytiharkan di New York pada Sabtu ketika kebakaran hutan terus merebak di Long Island, memaksa penduduk dipindahkan dan mengakibatkan gangguan besar.
Penunjuk perasaan berhimpun, tuntut keadilan dan keselamatan kanak-kanak
Mereka turut mendesak kerajaan untuk bertanggungjawab penuh serta memberikan jaminan keselamatan kanak-kanak di negara itu terpelihara.

Masters Orleans: Strategi pukulan sempurna Wan Aris- Roy King undang padah - Rexy
Strategi pasangan beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King untuk menghasilkan pukulan sempurna mengundang padah apabila tersingkir di separuh akhir Masters Orleans 2025, pada Sabtu.

Usaha gencatan senjata Gaza berterusan, petanda positif rundingan fasa kedua - Hamas
Hamas mengesahkan bahawa usaha pengantaraan yang diketuai Mesir dan Qatar masih diteruskan bagi memuktamadkan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata dengan Israel.

Bapa meninggal dunia selepas bersatu semula dengan anak dibebaskan dari penjara Israel
Warga Palestin Basem Ibrahim Sabbah meninggal dunia pada Jumaat di ibu negara Mesir, Kaherah hanya beberapa jam selepas bersatu semula dengan anaknya, Ayham (24), yang dibebaskan dari Israel.

PBB: Kelaparan sebagai senjata adalah jenayah perang di Gaza
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB di Palestin menegaskan bahawa Israel mempunyai kewajipan undang-undang untuk memastikan penyediaan keperluan asas kepada penduduk Palestin.

Wanita dihormati setiap hari di Gaza - Sukarelawan Perancis
Wanita Palestin diberikan peranan utama dalam kehidupan," menurut Imane Maarifi, seorang jururawat Perancis berketurunan Maghribi.

Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza, sifatkan sebagai pembersihan etnik - Mohamad
Malaysia menentang keras cadangan untuk mengilhakkan Gaza, menyifatkannya sebagai bentuk "pembersihan etnik" dan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Trump sahkan AS 'sedang berbincang dengan Hamas'
Presiden AS Donald Trump mengesahkan bahawa AS sedang mengadakan perbincangan dengan kumpulan Palestin, Hamas berhubung isu tawanan di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

D'Tandoor, MAHAR umum kerjasama jangka panjang usaha kemanusiaan Gaza
Kerjasama itu bertujuan meringankan penderitaan rakyat Gaza dengan menyediakan bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

Ketua tentera baharu Israel ambil alih di tengah krisis
Zamir menegaskan bahawa misinya masih belum selesai kerana Hamas belum dikalahkan.