Konflik Afghanistan: Pengebumian besar-besaran mangsa serangan di masjid

Astro Awani
Oktober 16, 2021 07:58 MYT
Penduduk Afghanistan menggali kubur untuk pengebumian besar-besaran mangsa serangan masjid pada Jumaat di Kandahar, Afghanistan, 16 Okt 2021. (Foto AP)
MINORITI syiah di Afghanistan pada Sabtu mengebumikan saudara-mara dan rakan-rakan mereka yang terkorban dalam letupan di masjid ketika solat Jumaat pada hari sebelumnya.
Ketua komuniti syiah Haji Farhad berkata, angka korban terkini adalah sebanyak 63, namun ia mungkin bertambah susulan terdapat ramai mangsa kritikal di hospital.
Bagaimanapun, angka rasmi kematian dikeluarkan pegawai kerajaan kekal 47 orang.
Keluarga mangsa meratapi pemergian saudara mereka dan menggesa Taliban melindungi mereka.
Kumpulan penyokong Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap kedua-dua serangan pengebom berani mati itu, yang mengorbankan lebih 120 nyawa.
Pembunuhan terbaru itu berlaku seminggu selepas satu lagi serangan terhadap penganut syiah di sebuah masjid di utara bandar Kunduz, yang meragut lebih 60 nyawa, dan turut didakwa didalangi Daesh.
Konflik Afghanistan | Pengebumian besar-besaran mangsa serangan masjid
Kejadian itu mencetus kritikan pihak antarabangsa termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, yang mengutuk 'serangan keji' berkenaan.
Beliau menuntut pihak yang menggunakan keganasan untuk menyekat kebebasan beragama di Afghanistan itu segera dibawa ke muka pengadilan.
#serangan di masjid #Afghanistan #pengebumian #Taliban
;