Konflik Afghanistan: Australia pindahkan 76 orang lagi
Khairunnisa Kasnoon
Ogos 19, 2021 05:07 MYT
Ogos 19, 2021 05:07 MYT
AUSTRALIA memindahkan 76 orang lagi dari Afghanistan, termasuk warganegaranya, pemegang visa dan warga Afghanistan.
Perdana Menteri Scott Morrison memaklumkan, kesemua mereka diterbangkan ke pangkalan tentera Australia Al Minhad di Emiriah Arab Bersatu, sebelum kemudiannya ke Perth, pada Khamis.
Morrison pada masa sama memberitahu, beberapa individu yang dipindahkan itu turut menerima rawatan perubatan di Dubai
"Beberapa individu turut menerima rawatan perubatan di Dubai.
"Seperti anda bayangkan, mereka ini dibawa keluar dari Kabul dalam suasana yang sangat bahaya.
"Kami ingin pastikan sebarang kecederaan yang dialami diberi perhatian, dan kita juga boleh fahami, ada sedikit trauma di kalangan mereka susulan keadaan cemas yang dihadapi", ujarnya pada satu sidang media di Canberra.
Dalam pada itu, Morrison berkata, 40 anggota Angkatan Pertahanan Australia dikerahkan untuk membantu usaha keselamatan di Lapangan Terbang Kabul.
#Afghanistan
#Australia
#Dubai
#Perdana Menteri
#Perth
#Visa
#evakuasi
#trauma
#Scott Morrison
#rawatan perubatan
#Pangkalan tentera udara