Konflik Afghanistan: 27 kanak-kanak terbunuh dalam pertempuran - UNICEF

Hafizi Rosli
Ogos 10, 2021 04:34 MYT
Sekurang-kurangnya 27 kanak-kanak terbunuh di Afghanistan dalam pertempuran sengit puak Taliban dan anggota keselamatan negara itu - Foto/AP
GENEVA: Sekurang-kurangnya 27 kanak-kanak terbunuh di Afghanistan dalam pertempuran sengit puak Taliban dan anggota keselamatan negara itu baru-baru ini.
Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ia merupakan satu perkara yang mengejutkan dengan kekejaman terhadap kanak-kanak terus berleluasa.
27 kematian membabitkan kanak-kanak itu dilaporkan di tiga wilayah di Kandahar, Khost, dan Paktia.
Dilaporkan kira-kira 136 kanak-kanak juga cedera di kawasan berkenaan sejak tiga hari lalu.
Perang di Afghanistan | Taliban kuasai lagi tiga bandar penting
Puak Taliban telah memperluaskan penguasaannya di seluruh Afganistan ketika pasukan keselamatan asing berundur daripada negara itu.
Sehingga Jumaat, enam wilayah berjaya dikuasai puak itu.
Jelas UNICEF, puak Taliban turut menolak gessan antarabangsa untuk gencatan senjata.
Lebih daripada 1,000 orang awam dilaporkan terbunuh akibat konflik dalam tempoh sebulan ini.
UNICEF turut menggesa semua pihak untuk memastikan kanak-kanak dilindungi.
#Kanak-kanak #Afghanistan #Taliban #UNICEF