Kondominium runtuh: 4 lagi mayat ditemukan, bangunan bersebelahan dikosongkan
Astro Awani
Julai 3, 2021 09:02 MYT
Julai 3, 2021 09:02 MYT
MIAMI: Angka kematian runtuhan kondominium di Miami, Florida, Amerika Syarikat meningkat kepada 22 orang pada Jumaat.
Ia susulan penemuan empat lagi mayat mangsa di bawah runtuhan menara kondominium Champlain Towers South, lapor Reuters.
Sementara itu, pihak berkuasa tempatan mengarahkan premis kediaman bersebelahan dikosongkan setelah bangunan itu dianggap tidak selamat.
Semua penghuni bangunan Crestview Towers diarah untuk segera keluar setelah jurutera menemukan masalah serius pada konkrit dan pendawaian elektrik.
Langkah itu perlu dibuat segera ekoran Taufan Isla yang dijangka melanda Florida seawal Isnin ini.
Korban terbaharu yang ditemui dari bawah runtuhan Kondominium Champlain Towers South setinggi 12 tingkat di Surfside itu menjadikan jumlah mangsa yang hilang kini seramai 126 orang.
Datuk Bandar Miami-Dade, Daniella Levine Cava dalam pada itu berkata beliau telah mengarahkan bangunan yang rosak teruk di lokasi itu diruntuhkan susulan bimbang ia akan mengganggu usaha mencari dan menyelamat di situ.
#kondominium runtuh
#Champlain Towers South
#mayat ditemukan
#runtuhan bangunan
#Crestview Towers
#Taufan Isla
#Florida
#Daniella Levine Cava