Komuter terbalik akibat tanah runtuh, tujuh cedera

Sinar Harian
Jun 12, 2018 08:30 MYT
Sekurang-kurangnya tujuh penumpang cedera apabila tiga gerabak komuter Reseau Express Regional (RER) terbalik, hari ini. -Foto Sinar Harian
Sekurang-kurangnya tujuh penumpang cedera apabila tiga gerabak komuter Réseau Express Régional (RER) terbalik, hari ini.
Menteri Pengangkutan Perancis, Elisabeth Borne berkata, kemalangan itu berpunca daripada tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat, lapor AFP.
“Berlaku tanah runtuh di RER B antara kawasan pinggir selatan St-Remy-les-Chevreuse dan Orsay,” kata Elisabeth Borne kepada radio Franceinfo.

#Elisabeth Borne #kemalangan #komuter #Orsay #RER #St-Remy-les-Chevreuse #tanah runtuh