Kompleks membeli-belah di Jakarta dibuka kepada penerima vaksin COVID-19

Agensi
Ogos 13, 2021 07:27 MYT
Ibu kota Indonesia membuka kembali pusat membeli-belah pada minggu ini secara eksklusif kepada individu yang telah diberikan vaksin COVID-19. - Gambar fail REUTERS
IBU kota Indonesia membuka kembali pusat membeli-belah pada minggu ini secara eksklusif kepada individu yang telah diberikan vaksin COVID-19.
Dengan sekatan pergerakan masih dikuatkuasakan di sebahagian besar wilayah republik itu, pusat membeli-belah di Jakarta dibenarkan beroperasi pada kapasiti 25 peratus dalam usaha menjaga ekonomi.
Namun, pelanggan perlu membuktikan melalui aplikasi telefon pintar bahawa mereka telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Beberapa pengunjung dan perniagaan menyambut baik pembukaan semula kompleks membeli-belah dalam persekitara yang selamat.
Indonesia kini sedang berusaha mengekang wabak yang didominasi varian Delta dengan lebih 3.8 juta kes jangkitan dan 115,000 kematian secara keseluruhan.
Seperti banyak negara di Asia, Indonesia menghadapi cabaran mendapatkan vaksin yang cukup dengan cepatdi tengah persaingan global susulan penyebaran varian Delta yang pantas.
#Asia #COVID-19 #ekonomi #Indonesia #Jakarta #jangkitan #telefon pintar #vaksin #Varian Delta
;