Kompleks kerajaan Pakistan diserang, penyerang ditembak mati
Agensi
Disember 1, 2017 17:12 MYT
Disember 1, 2017 17:12 MYT
Sebuah kompleks kerajaan Pakistan di Penshawar diserang tiga lelaki bersenjata hari ini, menyaksikan 11 orang cedera termasuk enam pelajar.
Ketua Polis Khyber Pakhtunkhwa, Salahuddin Mahsud memaklumkan, serangan berlaku pada awal pagi tadi di pintu utama Jabatan Pertanian mencederakan dua pengawal dan dua pelajar.
Sementara tujuh yang lain cedera ketika pertempuran.
Tiga penyerang berkenaan memakai 'burqa' dan melepaskan tembakan di pintu utama bangunan itu.
Tambahnya, polis berjaya menembak mati salah seorang penyerang yang bersembunyi di bangunan yang menempatkan pejabat, institut pengajian dan asrama.
11 yang cedera dikejarkan ke hospital termasuk empat pengawal keselamatan, seorang wartwan dan enam pelajar.
Puluhan yang lain berjaya diselamatkan.