Komander Hezbollah Fuad Shukr ditemui mati di bawah runtuhan bangunan

Agensi
Julai 31, 2024 15:50 MYT
Mayat komander Kanan tentera Hezbollah, Fuad Shukr dilaporkan ditemui di bawah runtuhan bangunan di Beirut, Lubnan pada Selasa Waktu tempatan.- Sumber foto Handout via REUTERS
BAITULMAQDIS: Mayat Pemimpin Kanan Hezbollah, Fuad Shukr dilaporkan ditemui di bawah runtuhan bangunan dalam satu serangan di penempatan Haret Hreik, Beirut.
Hezbollah dalam satu kenyataan pada Rabu mengesahkan, Fuad dipercayai berada dalam sebuah bangunan di Beirut yang menjadi sasaran tentera rejim Israel.
Terdahulu, Angkatan Tentera Israel (IDF) berkata sasarannya ialah pasukan pejuang Hezbollah dan parti politik itu bertanggungjawab melakukan serangan roket di Dataran Tinggi Golan di Israel.
Serangan itu turut mengakibatkan dua remaja terkorban di padang bola di perkampungan Druze, Majdal Shams.
Fuad dilaporkan cedera parah dalam serangan di sekitar Majlis Syura Hizbullah di kawasan kejiranan Haret Hreik.
Dalam perkembangan sama, Menteri Kesihatan Lubnan, Firas Abiad dalam temu bual Reuters, serangan itu turut mengorbankan seorang lagi mangsa selain menyebabkan 35 orang lain kritikal.
Hezbollah sebelum ini telah menafikan penglibatan dalam serangan di Golan, namun, mengakui menyasarkan serangan roket di kawasan berkenaan.
#Fuad Shukr #komander Hezbollah #Ismail Haniyeh #rejim Zionis