Komander Hamas terkorban serangan udara terbaharu Israel di Tebing Barat

Agensi
Ogos 3, 2024 14:26 MYT
Ketegangan di seluruh wilayah meningkat minggu ini selepas pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh. Gambar fail/REUTERS
RAMALLAH: Seorang komander kumpulan Hamas dan empat yang lain dilapor terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah kenderaan di Tebing Barat yang diduduki.

Ringkasan AI
  • Serangan Udara Terhadap Kenderaan Hamas: Seorang komander kumpulan Hamas dan empat pejuang lain dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah kenderaan di Tebing Barat yang diduduki. Media Hamas melaporkan bahwa kenderaan tersebut membawa pejuang mereka dan komander briged Tulkarm tewas akibat serangan tersebut. Agensi berita Palestin, WAFA, belum dapat mengesahkan identiti empat lagi mangsa.
  • Ketegangan Meningkat: Ketegangan di wilayah tersebut meningkat setelah pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh, di Tehran. Serangan Israel di Beirut juga membunuh komander kanan tentera Hizbullah, Fuad Shukr. Kematian Ismail adalah salah satu dari siri pembunuhan pegawai kanan Hamas selama perang di Gaza yang hampir memasuki bulan ke-11.
  • Tuduhan dan Janji Balas Dendam: Hamas dan Iran menuduh Israel melakukan pembunuhan Ismail dan berjanji untuk membalas dendam terhadap musuh mereka.

Media Hamas melaporkan sebuah kenderaan yang membawa pejuang mereka telah diserang mengakibatkan seorang daripada komander briged Tulkarm maut.
Sementara itu agensi berita Palestin, WAFA memaklumkan identiti empat lagi mangsa belum dapat disahkan.
Tentera Israel telah melakukan serangan udara di sekitar bandar Tulkarm di Tebing Barat, yang menyasarkan markas pejuang Hamas.
Ketegangan di seluruh wilayah meningkat minggu ini selepas pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh, di Tehran pada awal Rabu lalu iaitu sehari selepas serangan Israel di Beirut yang membunuh komander kanan tentera Hizbullah, Fuad Shukr.
Kematian Ismail adalah salah satu siri pembunuhan pegawai kanan Hamas ketika perang di Gaza antara Hamas dan Israel yang hampir memasuki bulan ke-11.
Hamas dan Iran menuduh Israel melakukan pembunuhan tersebut dan berjanji untuk membalas dendam terhadap musuh mereka.
#Komander Hamas terbunuh #Serangan udara di Tebing Barat #pembunuhan Ismail Haniyeh #Israel #Palestin #Hamas #Gaza
;