Koala Australia selamat selepas dilanggar kereta memecut
AFP
September 24, 2015 07:30 MYT
September 24, 2015 07:30 MYT
Seekor koala bertuah telah digelar "Bear Grylls" selepas hanya mengalami calar sedikit selepas berlanggar dengan sebuah kereta yang sedang memecut pada waktu malam di selatan Australia.
Koala itu tersekat di antara bumper dan gril depan kereta itu selepas ia dilanggar semasa menyeberangi
Freeway Selatan Timur kira-kira 20 kilometer (12 batu) tenggara Adelaide pada malam Selasa, kata pemandu kereta, Loren Davis.
Dalam keadaan yang gelap tanpa lampu jalan itu di mana ada sebuah kereta di belakang keretanya dan sebuah lagi kereta di sampingnya dengan had laju 100km sejam (62km sejam), Davis nampak haiwan itu melalui lampu keretanya dan menekan brek tetapi tidak dapat mengelaknya.
"Saya tidak mempunyai pilihan tetapi untuk melanggar koala itu tanpa menyebabkan tiga kereta mengalami kemalangan," kata Davis kepada AFP.
Dalam keadaan terkejut dan kecewa, ejen hartanah itu berkata selepas memberhentikan keretanya dia masih tidak dapat melihat koala itu dan memandu balik selama 10 minit.
"Sebaik sahaja saya masuk ke garaj di rumah, saya memasang lampu dan ternampak koala itu.
"Saya benar-benar kecewa. Pada mulanya saya fikir ia telah mati dan ( tunang saya) berlari keluar dan berkata ' ia masih hidup , ia masih hidup ' kerana ia mengerakkan kepala dan tangannya,” katanya.
Koala tersebut – mendapat nama jolokan "Bear Grylls” sempena seorang pengembara British yang tersohor.
"Bear Grylls" akan dilepaskan semula di kawasan mana ia dilanggar pada Jumaat.