Klinik gigi di Gaza dibuka semula - UNRWA

Farhan Hakimi
September 19, 2024 06:30 MYT
Seorang kanak-kanak dirawat oleh doktor di sebuah klinik gigi di Khan Younis yang sudah dibuka semula. Penduduk Gaza kini bergelut untuk mendapatkan rawatan pergigian dan bergantung kepada UNRWA.
GAZA: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis mengumumkan sebuah klinik gigi di Khan Younis sudah dibuka semula.
Dalam satu hantaran di X, agensi itu berkata, penduduk Gaza kini bergelut untuk mendapatkan rawatan pergigian dan bergantung kepada agensi itu.
Ini kerana Gaza kekurangan peralatan, fasiliti serta kos perkhidmatan kesihatan swasta yang tinggi.
Untuk rekod, UNRWA, merupakan penyedia utama bantuan dan perkhidmatan kesihatan di Gaza.
Dalam pada itu, media antarabangsa melaporkan Israel kini terus menutup lintasan sempadan Rafah, menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan, termasuk makanan, ubat-ubatan dan bahan bakar.
#Perang Palestin-Israel #klinik gigi #Gaza #UNRWA
;