Kitab Injil sama digunakan Abraham Lincoln

Astro Awani
Januari 20, 2013 04:56 MYT
Menjelang majlis angkat sumpah Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-57, satu majlis tertutup akan diadakan di White House sebelum berlangsungnya upacara terbuka secara gilang-gemilang pada Isnin.
Bersesuaian dengan namanya, majlis tertutup itu akan cuma dihadiri presiden dan keluarga selain ketua hakim.
Obama akan membacakan ikrar sumpah jawatan yang sama di mimbar yang mempunyai cap mohor Presiden Amerika Syarikat.
Ia merupakan simbol signifikan iaitu bulatan berwarna biru, putih dan merah dengan lima saiz kesemuanya.
Di majlis itu nanti, Obama turut memilih untuk mengangkat sumpah jawatan kali kedua dengan menggunakan kitab injil sama yang digunakan presiden Abraham Lincoln pada 1861.
Sebelum ini, Obama menggunakan kitab sama semasa upacara bersejarah pada 20 januari 2009.
Kitab injil itu mempunyai 1,280 mukasurat dan dicetak pada 1853 oleh Oxford University Press.
#angkat sumpah #Barack Obama