Kisah Tas Tepeler, rangkaian tapak tamadun manusia Neolitik di Turkiye, 9.30 malam ini.

Israr Khalid
September 27, 2022 17:59 MYT
Sempena Hari Pelancongan Antarabangsa hari ini, pastikan anda berada saluran 501, astroawani.com dan saluran YouTube Astro AWANI untuk kami bawa anda terbang ke Sanliurfa, Turkiye untuk kita soroti penemuan arkeologi yang dianggap terbesar abad ini.
KUALA LUMPUR: Selama ini umumnya kita sangkakan orang zaman batu itu hidup nomad atau berpindah-randah dan survivalnya berasaskan pemburuan atau 'hunter-gatherer' dalam istilah Inggerisnya.
Namun, segala tanggapan itu berubah apabila ditemukan tapak aktiviti sosial manusia tertua di dunia di Gobeklitepe, sebuah bukit di tengah gurun di tenggara Turkiye.
Penemuan monumen dari zaman Neolitik itu sekali gus menulis semula naratif ketamadunan manusia, memberitahu bahawa manusia sudah hidup secara bermasyarakat dengan sistem sosial yang tersusun sejak 12,000 tahun yang lalu, sekurang-kurangnya di wilayah pertemuan bumi Anatolia dengan Mesopotamia itu.
Rentetan daripada penemuannya pertama kali pada 1963 sebelum diteroka dengan lebih lanjut bermula pertengahan 90-an, ditemukan lagi 12 tapak arkeologi di sekitarnya yang didapati dari zaman yang sama.
Lantas usaha dipergiatkan untuk membongkar segala yang terkubur di dalamnya menerusi sebuah projek yang dinamakan Tas Tepeler.
Sempena Hari Pelancongan Antarabangsa hari ini, pastikan anda berada saluran 501, astroawani.com dan saluran YouTube Astro AWANI untuk kami bawa anda terbang ke Sanliurfa, Turkiye untuk kita soroti penemuan arkeologi yang dianggap terbesar abad ini.
Ingat, penerbangan kita jam 9.30 malam ini. Jangan terlepas.
#Tas Tepeler #Gobeklitepe #Sanliurfa #Turkiye
;