Kim Jong Yang dipilih Presiden Interpol baharu

Agensi
November 22, 2018 08:00 MYT
Jong Yang dipilih selepas meraih undi majoriti dua pertiga pada perhimpunan agung agensi polis antarabangsa itu di Dubai. - AP
Kim Jong Yang, seorang pegawai polis dari Korea Selatan, telah dipilih sebagai Presiden Interpol yang baharu.
Jong Yang dipilih selepas berjaya mengalahkan Alexander Prokopchuk dari Rusia dengan meraih undi majoriti dua pertiga pada perhimpunan agung agensi polis antarabangsa itu di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada Rabu.
Beliau akan melengkapkan mandat empat tahun yang diberi kepada presiden Interpol sebelumnya, Meng Hongwei, dan berkhidmat sehingga tahun 2020.
Jong Yang yang juga merupakan Naib Presiden Kanan Interpol, sebelum ini berkhidmat sebagai presiden sementara agensi tersebut selepas Hongwei ditahan di China dalam siasatan anti-rasuah besar-besaran di negara itu.
#Alexander Prokopchuk #Emiriah Arab Bersatu #Interpol #Kim Jong Yang #Meng Hongwei
;