Kim Jong Un tiba di Singapura untuk sidang kemuncak bersejarah

Azyyati Ahmad
Jun 10, 2018 07:47 MYT
Ketibaan Jong Un disambut Menteri Luar Negeri Singapura, Vivian Balakrishnan - Foto Twitter Vivian
Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un tiba di Singapura sebentar tadi bagi menghadiri sidang kemuncak bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ketibaan Jong Un disambut Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan yang turut berkongsi momen itu di dalam entri terbaru Twitternya.
Jong Un dijangka akan bertemu Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini dan mengadakan pertemuan dengan Trump pada Isnin.
Jong Un sebelum itu dilaporkan berlepas dari Pyongyang menggunakan jet peribadi.
Selain jet peribadi, sebuah lagi pesawat kargo turut berlepas ke Singapura bagi tujuan sama.
Pertemuan kedua-dua pemimpin negara ini bertujuan untuk memulakan proses menamatkan program nuklear Korea Utara.

Welcomed Chairman Kim Jong Un, who has just arrived in Singapore. pic.twitter.com/ZLK4ouIejx

— Vivian Balakrishnan (@VivianBala) June 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: North Korea's Kim lands in Singapore, on cusp of making history
#Amerika Syarikat #Donald Trump #Kim Jong Un #Korea Utara #Lee Hsien Loong #Singapura