"Kill This Love" sebuah lagi fenomena daripada BLACKPINK
Faris Danial Razi
April 4, 2019 07:00 MYT
April 4, 2019 07:00 MYT
PENANTIAN besar buat peminat kumpulan wanita ikonik K-pop, BLACKPINK berakhir. Tepat pukul 11 malam waktu tempatan (Khamis), muzik video lagu baharu kumpulan itu, “Kill This Love” telah dimuat naik di laman YouTube.
“Kill This Love” ternyata telah mengumpulkan peminat dari seluruh dunia untuk membuat countdown bagi menyambut kemunculan BLACKPINK sejak ‘comeback’ pertama mereka pada Jun tahun lepas.
BLACKPINK yang cukup terkenal dengan lagu meletup, berjudul “Ddu-du Ddu-du” telah mencatat 12 juta tontonan bagi klip video teaser yang telah dimuat naik pada 2 April di laman YouTube.
Bayangkan jika video yang berdurasi 23 saat itu mampu mencecah sehingga jumlah itu? Semestinya tiada masalah bagi muzik video rasmi “Kill This Love” ini untuk mencecah puluhan juta dalam masa beberapa hari.
Kemunculan album “Kill This Love” ternyata dilihat bakal menjadi lagi satu fenomena besar buat tahun ini selepas menenunjukkan imej baharu dan gaya lagu yang ‘trendy’.
BLINK, kini pastinya lega selepas 12 hari tidak senang duduk dengan ditayangkan promo teaser seperti poster, klip video dan sebagainya di media sosial.
Klip video “Kill This Love” yang berdurasi selama 3 minit itu, membuktikan penantian peminat selama ini adalah bukan satu yang sia-sia kerana persembahan video yang diberikan sangatlah menakjubkan dan ia pastinya menjadi kegilaan orang ramai lagi selepas ini.
Imej setiap ahli, Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose menunjukkan mereka memang serius dalam membawakan hasil seni muzik mereka ini kelangkah yang seterusnya.