Kilang kereta di Perancis mula dibuka, wujudkan normal baharu
Astro Awani
April 28, 2020 07:57 MYT
April 28, 2020 07:57 MYT
Pekerja dalam sektor auto di Perancis mula kembali bekerja minggu ini, namun semuanya dilakukan dengan berhati-hati.
Kilang Toyota Valenciennes dibuka semula selepas kilang berkenaan ditutup bermula pertengahan Mac.
Kilang itu sebelum ini mengeluarkan lebih 1,000 model Yaris setiap hari.
Kini normal baharu dipraktikkan.
Suhu badan pekerja diperiksa dan mereka juga diberikan topeng serta diarahkan melakukan penjarakan sosial.
Ini termasuk di kawasan pengeluaran, kafeteria dan kawasan awam lain di kilang.
Antara kilang kereta lain yang turut menyambung operasi adalah kilang Renault di luar Paris.
Namun hanya suku pekerja dibenarkan di kawasan pengeluaran.
Renault turut menyambung sesetengah operasi di China, Sepanyol, Portugal, Rusia dan Romania.
Namun aktiviti di negara lain, termasuk India dan benua Amerika Latin masih ditutup.
#China
#COVID-19
#India
#koronavirus
#model
#operasi kilang
#Paris
#Portugal
#Renault
#Toyota
#Toyota Valenciennes
#Yaris