Kilang arak terbesar di Cameroon musnah dalam kebakaran

Agensi
Januari 1, 2018 05:49 MYT
Api pantas merebak berikutan cuaca panas dan kering di bandar itu memburukkan lagi keadaan.
Sebuah kilang arak dan beberapa buah kediaman berdekatan musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di bandar Douala, Cameroon pada Isnin.
Kebakaran itu dipercayai bermula dari tong menyimpan alkohol di kilang Fermencam.
Api pantas merebak berikutan cuaca panas dan kering di bandar itu memburukkan lagi keadaan.
Menurut penduduk tempatan, api di kilang tersebut sangat marak dan merebak ke kawasan kediaman berdekatannya.
Sebuah sekolah berhampiran juga turut dilaporkan musnah.
Fermencam adalah salah satu pengeluar terbesar wain, minuman keras dan wiski di Cameroon.
Bagaimanapun setakat ini tiada mangsa yang maut laporan.
#API #Camerron #cuaca panas #kebakaran #mangsa #maut #sekolah
;