Kilafairy dedah rahsia ikat perut tak makan nasi untuk kekal ramping

Astro Publication
Mei 13, 2015 12:59 MYT
Kilafairy dedah rahsia ikat perut tak makan nasi untuk kekal ramping
Apa rahsia tubuh Kila terbentuk cukup cantik?
“Kila memang tidak jamah nasi mahupun sebarang intake yang punya kadar karbohidrat tinggi. Selain menjaga makan, selalu juga rajinkan diri untuk keluarkan peluh dan terus aktif, Mama Kila (Rohana Jalil) semenjak dahulu memang menjaga pantang makan, lihat sahaja parasnya kini, pada usia sudah lanjut, dia tampil superb!”
Kila juga meletakkan Victoria Beckham sebagai teraju utama beri inspirasi dalam hidupnya. “She wins at everything; life, fashion, her wardrobe and definitely her man!”
“Kila sendiri bagaimana? Sudah ketemu your David Beckham?” Soal Editor Fesyen bikin Kila tersenyum manja.
“Hahaha… Kila tidak gemar kongsi terlalu banyak, siapa tahu, tahulah, hahaha…”
Kala menyarung persalinan Clover Canyon daripada M Pavilion, Kila tampak cukup menyerlah dan yakin. Palitan rona-rona terang dalam dua persalinan berbeza sangat cool. Dress berkolar V jatuh terus berikat obi sama cropped top dan skirt sendat bercetak sama. “I simply love the neoprene fabric and how it hugs my curves perfectly,” ujarnya ringkas. Untuk sampul hadapan, Ckay membentuk jejari ombak seksi bertocang belakang, kemas sejajar alis mata kucing seksi ala French inspired hasil Lily Othman.
#10 tahun #Intrend #Kilafairy
;