Kiev, Lviv termasuk Senarai Warisan Dunia Terancam UNESCO
Bernama
September 16, 2023 15:41 MYT
September 16, 2023 15:41 MYT
PARIS: UNESCO menyenaraikan tiga tapak bersejarah di bandar Kyiv dan Lviv yang dilanda perang ke dalam Senarai Warisan Dunia Terancam pada Jumaat, akibat perang berterusan Rusia ke atas Ukraine, lapor Agensi Berita dpa.
Saint Sophia Cathedral, gereja yang mengagumkan di ibu negara Ukraine dan muzium Pechersk Lavra yang terkenal telah disenaraikan sebagai terancam, serta bandar bersejarah lama Lviv.
Tapak mempunyai 'nilai universal luar biasa" telah terancam sejak pencerobohan berskala penuh Rusia pada Februari tahun lalu, kata Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO pada mesyuarat di Riyadh, Arab Saudi.
"Masyarakat antarabangsa tidak boleh berpaling ke arah lain apabila warisan manusia bersama kita diserang," kata presiden Suruhanjaya UNESCO Jerman Maria Bohmer.
Perang itu juga menimbulkan risiko khazanah budaya Ukraine dirompak, tambah Bohmer.
"Masyarakat antarabangsa mesti bekerjasama rapat untuk menghentikan perdagangan haram barangan budaya dan meminta mereka yang bertanggungjawab."
--BERNAMA-dpa