Khidmat kereta api rentas sempadan terjejas akibat mogok

Astro Awani
Januari 5, 2023 23:45 MYT
Kereta api rentas sempadan milik syarikat Southeastern di Stesen Ashford. - Foto AP
LONDON: Perkhidmatan kereta api rentas sempadan antara Scotland dan England berkemungkinan terjejas teruk pada Jumaat berikutan mogok yang dilancarkan Kesatuan Jurutera Lokomotif dan Bomba (ASLEF).
Pemandu kereta api daripada 15 syarikat berbeza yang juga ahli kesatuan itu bertindak melancarkan mogok susulan pertikaian berhubung isu gaji.
Tiada perkhidmatan antara Scotland dan England akibat mogok itu.
Ia sekali gus menjejaskan perkhidmatan Avanti West Coast, Transpennine Express dan Crosscountry.
Pengendali perkhidmatan berkenaan mengesahkan mereka tidak akan menjalankan perkhidmatan pada hari berkenaan.
Ia mengundang rasa berang dalam kalangan pengguna yang sangat bergantung kepada pengangkutan awam itu untuk pergerakan harian.
Antara lain, mogok akan diadakan di Glasgow Central, Edinburgh Waverley dan Depoh Rel Polmadie di Glasgow.
Setiausaha Agung ASLEF Mick Whelan berkata mogok tidak dapat dielakkan melainkan pertikaian berhubung masalah gaji yang sudah lama berpanjangan dapat diselesaikan.
Menurutnya, keadaan semakin teruk dan ahli-ahlinya mahu mengadakan lebih banyak mogok.
Ia juga dijangka berlarutan memandangan perbincangan kurang menampakkan hasil.
#kereta api rentas sempadan #mogok #isu gaji #ASLEF