Kevin Rudd bersara daripada arena politik

Astro Awani
November 14, 2013 08:06 MYT
Bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd secara rasminya mengumumkan persaraannya daripada arena politik.
Rudd, 55, membuat keputusan tersebut selepas dua bulan digantikan Tony Abbott susulan kekalahan parti buruh dalam pilihan raya umum 7 September lalu.
Dalam ucapannya dalam parlimen Rudd bangga kerana dapat memberi khidmat selaku perdana menteri.
Beliau turut berharap negara itu terus maju di bawah pentadbiran kerajaan baru pimpinan Abbott.
Sepanjang 15 tahun dalam politik, Rudd pernah mengetuai pentadbiran negara sebanyak dua kali pada 2007 sehingga 2010 dan Jun 2013 sehingga September.
Beliau juga pernah menjadi menteri luar semasa kepimpinan kerajaan di bawah Julia Gillard.
Sebelum menceburi bidang politik, Rudd berkhidmat sebagai diplomat di China.
#Julia Gillard #Kevin Rudd #Perdana Menteri Australia #politik #Tony Abbott
;