Ketua WHO tuntut pembebasan pengarah hospital di Gaza

Bernama
Disember 30, 2024 23:12 MYT
Tedros Adhanom Ghebreyesus desak agar Pengarah Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, Hussam Abu Safia (gambar), dibebaskan dengan serta-merta. - X: Palestine Online
TEL AVIV: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus, pada Isnin menuntut Israel membebaskan seorang pakar klinikal terkemuka yang ditahan di Gaza, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pengarah Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, Hussam Abu Safia, mesti dibebaskan dengan serta-merta, kata Ghebreyesus dalam satu kenyataan di platform X.
Hospital itu kini tidak beroperasi berikutan serangan Israel, pemindahan paksa pesakit dan kakitangan perubatan serta penahanan pengarah hospital, kata ketua WHO itu.
"Hospital di Gaza sekali lagi menjadi medan pertempuran dan sistem kesihatan sedang berdepan ancaman yang amat serius," tulis Ghebreyesus.
-- BERNAMA
#pengarah hospital #Hussam Abu Safia #Hospital Kamal Adwan #WHO #Tedros Adhanom Ghebreyesus #pembebasan
;