Ketua WHO tiba di Syria, ikrar bantuan perubatan untuk mangsa

Bernama
Februari 12, 2023 07:18 MYT
Ghebreyesus berkata, WHO akan menyediakan bekalan perubatan dan peralatan yang diperlukan kepada mangsa cedera dalam gempa bumi di utara Syria. - Gambar fail
AMMAN: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Sabtu berkata organisasi itu akan menyediakan bekalan perubatan dan peralatan yang diperlukan kepada mangsa cedera dalam gempa bumi di utara Syria, lapor Petra.
"Kami membawa sekitar 35-37 tan bekalan perubatan dan kesihatan yang akan membolehkan pekerja kesihatan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan kepada mangsa," kata Ghebreyesus dipetik Agensi Berita Syria (SANA) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo.
Pesawat kedua membawa kira-kira 30 tan bekalan perubatan untuk pembedahan kecil akan tiba di Syria dalam tempoh dua hari.
Ghebreyesus berkata beliau sedang berusaha mendapatkan sokongan yang lebih besar kepada sistem kesihatan di Syria melalui pelbagai platform untuk menangani kesan bencana itu.
--BERNAMA
#Tedros Adhanom Ghebreyesus #WHO #Syria #perubatan #bantuan #gempa bumi