Ketua program 'Balik Kampung' di Sungai Golok ditembak mati
Bernama
Julai 1, 2017 08:19 MYT
Julai 1, 2017 08:19 MYT
Dua penyerang tidak dikenali menembak mati seorang lelaki di rumahnya di Mukim Pasir Mas, Sungai Golok pada Jumat.
Mangsa dikenali sebagai Faisal Deramae, 56, difahamkan adalah Ketua Program 'Balik Kampung' di Sungai Golok yang terlibat aktif dalam usaha deradikalisasi Kerajaan Thailand.
"Dalam kejadian pada 1.15 tengah hari itu, mangsa ditembak empat kali di belakang badan dan tengkuk oleh dua penyerang ketika beliau sedang menaip di dalam rumahnya," kata Penolong Bahagian Siasatan Polis Daerah Sungai Golok Kapt Chayuth Tulachotikul pada Jumaat.
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes itu serta motifnya, katanya.
Bagaimanapun pihak polis percaya kejadian terbabit ada kaitan dengan penglibatan mangsa dalam program "Bawa Balik Kampung" individu-individu yang pernah terlibat dengan kegiatan militan atau kes-kes keselamatan negara.
-- BERNAMA