MOSCOW: Ketua Agensi Polis Jepun Itaru Nakamura pada Khamis mengumumkan hasratnya untuk berundur susulan penerbitan semakan salah urus keselamatan yang membawa kepada pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Julai, lapor Sputnik.
"Agensi Polis Negara percaya pelaksanaan langkah-langkah secara berterusan perlu dilaksanakan berdasarkan keperluan keselamatan baharu di bawah sistem baharu, untuk mengelak kejadian seperti itu berulang lagi. Hari ini, saya menyampaikan kepada Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan hasrat saya untuk meletakkan jawatan, dalam usaha untuk merombak hal ehwal kakitangan," kata Nakamura semasa sidang media yang disiarkan oleh media Jepun.
Peletakan jawatannya dijangka diluluskan dalam mesyuarat kabinet pada Jumaat.
BACA: Ketua Polis Jepun akui gagal lindungi Shinzo Abe
Sementara itu, Ketua Polis Wilayah Nara Onizuka Tomoaki, tempat pembunuhan itu berlaku, turut mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan pada Khamis, kata penyiar Jepun NHK.
Penilaian semula langkah-langkah keselamatan oleh agensi polis selepas serangan itu mendapati kelemahan dalam rancangan keselamatan, serta bukti arahan yang tidak mencukupi, perkongsian maklumat di tempat kejadian, dan, terutamanya, kegagalan polis untuk menyedari suspek menghampiri Abe, kata penyiar itu.
Kerajaan Jepun berazam untuk mengkaji semula langkah-langkah keselamatan untuk pegawai tinggi dan tokoh terkemuka dan mengukuhkan kerjasama dengan pasukan polis wilayah, yang akan menjadi langkah pertama dalam menambah baik protokol keselamatan Jepun dalam tempoh 30 tahun, menurut laporan itu.
Abe, 67, ditembak pada 8 Julai di bandar Nara, Jepun semasa berucap dalam kempen pilihan raya. Pembunuhnya, Tetsuya Yamagami, mendekati ahli politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter (33 kaki). Menurut polis, Abe yang dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, disahkan meninggal dunia pada hari yang sama di Hospital Universiti Perubatan.
Upacara pengebumian dan pembakaran mayatnya diadakan pada 12 Julai.
Pengebumian Negara Abe dijadualkan pada 27 September yang akan menjadi pengebumian negara kedua untuk bekas perdana menteri sejak Perang Dunia II. Pengebumian pertama diadakan pada 1967 untuk Shigeru Yoshida.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022

Ketua Agensi Polis Jepun Itaru Nakamura pada Khamis mengumumkan hasratnya untuk berundur susulan penerbitan semakan salah urus keselamatan yang membawa kepada pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Julai. - Foto AP
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Ketua Polis Jepun akui gagal lindungi Shinzo Abe
Ketua Jabatan Polis Jepun, Itaru Nakamura, mengakui kegagalan pihaknya dalam menjalankan tugas melindungi bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe.