Ketua pengganas yang mengetuai insiden pencerobohan di Sabah tahun lalu, Agbimuddin Kiram meninggal dunia pada Selasa akibat serangan jantung, lapor portal berita Filipina, Rappler.
Memetik laporan tersebut, Agbimuddin atau Azzimudie, 74, yang mendakwa dirinya sebagai 'Raja Muda Kesultanan Sulu' itu meninggal dunia di kediamannya di Barangay Tubig Indangan di pekan Simunul, Tawi-Tawi.
Sebelum ini pada 20 Oktober 2013, abangnya Jamalul Kiram III juga meninggal dunia kerana masalah jantung dan buah pinggang.
Pada 9 Februari 2013, sebuah kumpulan penceroboh telah memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Bermula dengan insiden pencerobohan itu, kawasan tersebut kemudian menjadi medan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan penceroboh Sulu, yang melarat ke beberapa kampung hinggalah ke perkampungan air Sri Jaya Simunul.
Ia berikutan desakan dari Jamalul yang mengaku sebagai Waris Kesultanan Sulu dalam usahanya menuntut hak kedaulatan ke atas Sabah.
Agbimuddin mengetuai insiden pencerobohan itu bersama kira-kira 200 militan bersenjata dari selatan Filipina yang menyaksikan 63 militan terbunuh, manakala di pihak Malaysia 10 anggota keselamatan gugur.
Susulan itu, kerajaan telah menubuhkan kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah yang dinamakan dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
Ia diwujudkan khusus bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.
Selain itu, Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) juga diwujudkan yang merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau.
Astro Awani
Wed Jan 14 2015

Agbimuddin telah meninggal di kediamannya di Barangay Tubig Indangan di pekan Siminul, Tawi-Tawi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
41 pekerja dikhuatiri tertimbus runtuhan salji
Sekurang-kurangnya 41 pekerja binaan dikhuatiri tertimbus manakala 16 diselamatkan dalam kejadian runtuhan salji berhampiran sempadan India-Tibet pada Jumaat.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Pegawai Kanan Polis, Rajeev Swaroop memaklumkan, kejadian itu melibatkan 57 mangsa namun 16 daripadanya berjaya diselamatkan.
Menteri Ekonomi ASEAN kolektif kerjasama dengan AS
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberitahu, Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN menegaskan persetujuan untuk bekerjasama secara kolektif dan mengekalkan pendekatan keterlibatan dengan semua pihak berkepentingan termasuk Amerika Syarikat.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
Sehubungan itu kata beliau, pasukan petugas khas akan meneliti dan menasihati Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN mengenai jangkaan yang mungkin berlaku.
FGV sasar capai margin keuntungan lebih baik
FGV Holdings Bhd menyasarkan untuk mencapai margin keuntungan yang lebih baik pada separuh pertama tahun 2025 susulan bekalan yang terhad dan permintaan tinggi sempena musim perayaan yang dijangka mengekalkan harga minyak sawit mentah (MSM) pada paras tinggi.
18 keutamaan ekonomi dipersetujui negara anggota
ASEAN mencapai persetujuan terhadap sembilan daripada 18 PED yang ditetapkan Malaysia setakat ini.
Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu
Kementerian Agama Republik Indonesia menetapkan 1 Ramadan 1446 Hijrah jatuh pada Sabtu, 1 Mac 2025, hasil sidang isbat yang diadakan di Jakarta pada Jumaat.