Ketua Pembangkang Rusia koma akibat diracun
Agensi
Ogos 20, 2020 14:58 MYT
Ogos 20, 2020 14:58 MYT
Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny dikejarkan ke hospital pada Khamis selepas tidak sedarkan diri.
Menurut jurucakapnya, Kira Yarmish, Navalny diracun ketika dalam penerbangan dari Tomsk ke Moscow.
“Navalny dalam perjalanan pulang dari Tomsk ke Moscow pagi ini. Ketika dalam penerbanga, beliau berasa tidak sihat.
“Pesawat terpaksa mendarat cemas di Omsk. Alexei telah diracun,” kata Yarmish di akaun Twitternya.
“Kami menganggap bahawa Alexei telah diracun dengan sesuatu yang dicampur dalam teh miliknya. Itu satu-satunya minuman yang diminum beliau pagi itu. Doktor berkata toksin menyerap lebih pantas melalui cecair panas,” tambahnya.
Navalny masih lagi tidak sedarkan diri dan kini bergantung kepada alat pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Beliau dikenali sebagai pengkritik tegar kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin.