Ketua parti The Republicans Perancis tolak pakatan dengan parti Macron
Bernama
Jun 10, 2024 19:00 MYT
Jun 10, 2024 19:00 MYT
MOSCOW: Ketua Parti The Republicans Perancis, Eric Ciotti, menolak kemungkinan untuk membentuk gabungan dengan Parti Renaissance yang dipimpin oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron selepas pilihan raya kilat untuk dewan rendah Perancis pada Jun-Julai ini, lapor Sputnik.
Pada Ahad, penyiar Perancis BFMTV melaporkan, memetik data dari syarikat Elabe, bahawa parti sayap kanan National Rally mendahului dengan 32 peratus undian dalam pilihan raya Parlimen Eropah, manakala Parti Renaissance pimpinan Macron hanya menerima 15.4 peratus, menurut data awal.
Pemimpin Perancis itu menyeru pilihan raya mengejut dalam satu kenyataan video di seluruh negara. Pusingan pertama akan diadakan pada 30 Jun dan pusingan kedua pada 7 Julai.
"Untuk memasuki gabungan dengan kuasa ini, yang telah banyak merosakkan Perancis, adalah di luar persoalan. Macronisme bermaksud lebih banyak cukai, migrasi dan kurang keselamatan," tulis Ciotti di X pada Ahad.
Keputusan untuk mengadakan pilihan raya kilat telah menyebabkan euro menjunam berbanding dolar AS, dengan dolar AS meningkat kepada AS$1.075 setiap euro pada 0510 GMT daripada nilai penutupan sebelumnya AS$1.08 setiap euro.
-- BERNAMA