Ketua Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong meninggal dunia
Bernama
Julai 19, 2024 20:35 MYT
Julai 19, 2024 20:35 MYT
HANOI: Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong meninggal dunia hari ini pada usia 80 tahun, menurut lembaga perlindungan dan penjagaan kesihatan pegawai pusat.
Menurut laporan Agensi Berita Vietnam (VNA), Nguyen Phu Trong meninggal dunia kerana sakit tua dan selepas sakit teruk.
"Pemimpin Parti itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 1.38 tengah hari pada 19 Julai 2024 di Hospital Tentera Pusat 108," menurut laporan berkenaan.
Jawatankuasa Pusat Parti, Dewan Negara, Presiden, Kerajaan dan Jawatankuasa Pusat Barisan Tanah Air Vietnam akan mengeluarkan kenyataan khas mengenai pengebumian negara untuk Nguyen Phu Trong.
-- BERNAMA