Ketua Hamas, Menteri Luar Iran bincang cara hentikan serangan Israel ke atas Gaza

Agensi
Oktober 23, 2023 01:00 MYT
Ismail Haniyeh (kiri) menerima panggilan telefon daripada Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian pada Ahad bagi membincangkan -apa cara yang boleh digunakan- untuk menghentikan Israel daripada terus membedil Gaza.
GAZA: Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menerima panggilan telefon daripada Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian pada Ahad bagi membincangkan “apa cara yang boleh digunakan” untuk menghentikan Israel daripada terus membedil Gaza.
Kedua-dua pemimpin itu turut berbincang mengenai perkembangan kegilaan Zionis ke atas Semenanjung Gaza, kata Hamas dalam hantaran yang dikongsi dalam aplikasi Telegram.
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei sebelum ini menegaskan, Tehran tidak terlibat dalam serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu, namun, memuji tindakan berkenaan.
Menurut pentadbiran Amerika Syarikat, tiada “maklumat jelas” yang boleh mengaitkan Iran dalam serangan itu pada masa ini, namun, Washington percaya, Iran “bersubahat” dalam serangan Hamas ke atas Israel. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #Ismail Haniyeh #Hamas #Menteri Luar Iran