Ketua Chechnya puji askarnya selamatkan orang awam

Sinar Harian
Mac 21, 2022 09:00 MYT
Sifat keberanian askar-askar Chechnya dipuji ketika merrka bertempur dengan tentera Ukraine. - Foto Agensi
MARIUPOL: Ketua Republik Chechnya, Ramzan Kadyrov baru-baru ini memuji sikap profesional anggota-anggota tenteranya dan Donetsk yang berjuang untuk Rusia dalam Perang Ukraine.
Beliau yang merupakan pemimpin pro-Rusia mengucapkan terima kasih kepada anggota-anggota tenteranya dan Donetsk kerana berjaya menyelamatkan sejumlah penduduk awam di bandar Mariupol dari bangunan kediaman dalam pertempuran dengan askar-askar Ukraine.
Menurutnya, dalam pertempuran tersebut, semua orang adalah sama ketika berdepan dengan peluru musuh termasuklah askar-askar biasa tanpa mengira pangkat mereka.
Ramzan turut memuji keberanian askar-askarnya yang terus berjuang walaupun di tengah-tengah bunyi letupan peluru di bandar berkenaan.
Sebelum ini, beliau berkata, askar-askar Chechnya sedang membebaskan bangunan demi bangunan di bandar itu daripada para pejuang Ukraine.
Kadyrov turut menyatakan bahawa anggota-anggota Batalion Kebangsaan Azov Ukraine yang pernah diharamkan oleh Rusia menduduki tingkat atas bangunan kediaman yang kemudian menuduh askar-askar Rusia menembak orang awam dan kemudian menukarkan pakaian seragam mereka semata-mata untuk melarikan diri.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#askar #Chechnya #selamatkan orang ramai #pertempuran
;