Ketidaktentuan krisis tebing fiskal A.S.

Astro Awani
Januari 2, 2013 12:43 MYT
Penggubal undang-undang Amerika Syarikat berharap dapat menyelesaikan sebarang ketidaktentuan berhubung krisis ‘tebing fiskal ‘ negara itu sebelum pasaran kewangan memulakan dagangan pertama di tahun 2013.
Presiden negara itu Barack Obama pula mendesak supaya dewan perwakilan tidak menangguhkan kelulusan rang undang-undang berkenaan.
Namun beberapa perwakilan menentang dengan menyifatkannya tidak baik untuk masa depan negara itu.
Pemimpin Republikan dan Demokrat akan bemesyuarat bagi membincangkan strategi masing-masing di sebalik desakan supaya undian dibuat.
Wakil republikan John Boehner belum lagi menyatakan persetujuannya terhadap rundingan itu.
Namun berjanji samada untuk mengundi atau membentangkan beberapa pilihan lain.
Sementara itu pakar ekonomi mengeluarkan amaran sekiranya usaha menangani tebing fiskal itu tidak dimuktamadkan, dikhuatiri akan menjejaskan perbelanjaan pengguna.
Sekaligus mencetuskan satu lagi kemelesetan.
Selain itu beberapa kesan akan dirasai dengan segera dengan yang paling ketara ialah bakal mengakibatkan kerugian di pasaran saham apabila ia dibuka semula pada Rabu.
#Amerika Syarikat #Dewan Perwakilan #Obama #Senat #tebing fiskal
;