Ketegangan di Gaza mungkin berlangsung sekurang-kurangnya 10 hari - Menteri Luar Iraq
Bernama
Oktober 10, 2023 21:00 MYT
Oktober 10, 2023 21:00 MYT
MOSCOW: Ketegangan semasa di Semenanjung Gaza mungkin berlangsung sekurang-kurangnya 10 hari dan diharapkan pertempuran itu tidak akan menjejaskan negara jiran, kata Menteri Luar Iraq Fuad Hussein pada Selasa semasa pertemuan dengan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov.
"Kami percaya bahawa, malangnya, pertempuran yang sedang berlaku di Gaza boleh berlangsung sekurang-kurangnya 10 hari," kata Hussein, sambil menambah ketegangan berpanjangan mungkin "menjejaskan negara-negara jiran."
Kementerian itu menambah campur tangan antarabangsa adalah perlu "untuk menghentikan pergolakan" dan mencari penyelesaian yang adil kepada isu Palestin, lapor Sputnik.
--BERNAMA-SPUTNIK
TAG: pertempuran, Gaza, negara jiran, menteri luar, Iraq, Fuad Hussein, Rusia, Sergey Lavrov