Ketagihan permainan video sebagai masalah kesihatan mental - WHO
Agensi
Disember 27, 2017 18:48 MYT
Disember 27, 2017 18:48 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mungkin mengklasifikasi ketagihan permainan video sebagai masalah kesihatan mental pada tahun 2018.
Dalam kemaskini WHO terkini dalam Klasifikasi Penyakit Kebangsaan (ICD) menerusi drafnya yang ke-11, ketagihan permainan video telah termasuk dalam kategori mental, tingkah laku atau neurodevelopmental (dikenali sebagai gangguan perkembangan).
Menurut laporan agensi berita China, Xinhua, untuk mengenalpasti dan mendiagnosis penyakit ini, seseorang itu sukar atau gagal mengawal sifatnya ke atas permainan sekaligus memberikan keutamaan kepada permainan video.
Tambahnya, corak tingkah laku demikian adalah tahap kritikal yang cukup untuk menunjukkan kemerosotan ketara dalam kehidupan peribadi, keluarga, sosial, pendidikan, pekerjaan atau perkara-perkara lain yang berkaitan.
Dalam pada itu, ICD telah digunakan oleh pakar kesihataan sedunia dan berfungsi sebagai piawai antarabangsa untuk menentukan keadaan kesihatan dan penyakit.
Kematian secara mengejut dan gejala fizikal dapat dikaitkan kepada permainan atas talian telah meningkat dalam tahun sebelumnya.
Pada tahun 2014, seorang wanita berusia 27 tahun telah dilaporkan mati secara mengejut selepas bermain permainan video tanpa henti selama 10 jam.
Manakala pada tahun 2015, remaja lelaki berusia 17 tahun telah dihantar ke wad kecemasan dan meninggal di hospital selepas terjatuh koma ketika bermain permainan video.
Dia dilaporkan telah bermain permainan berkenaan hampir 22 hari tanpa henti dan hanya berhenti bermain untuk makan dan tidur.
#gaming disorder
#Gangguan permainan video
#ICD
#Klasifikasi Penyakit Kebangsaan
#masalah kesihatan mental
#mental
#neurodevelopmental
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#tingkah laku
#WHO