Ketagih pakaian dalam berenda terpakai, pencuri bersiri warga emas 'kantoi'
Agensi
Februari 27, 2018 18:24 MYT
Februari 27, 2018 18:24 MYT
Seorang warga emas berusia 63 tahun ditahan atas kesalahan mencuri pakaian dalam di ampaian dalam beberapa siri kes kecurian di Bukit Batok, Singapura.
Polis menerima laporan kecurian pakaian dalam di Blok 106, Bukit Batok Central pada 22 Februari lalu.
Hasil siasatan dan rakaman kamera litar tertutup, CCTV, pegawai polis dari Jabatan Polis Jurong megenal pasti suspek dan menahannya pada Isnin (26 Feb 2018) jam 8:05 malam.
Siasatan lanjut mendapati suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes serupa di kejiranan Bukit Batok.
Dalam video yang disiarkan satu saluran YouTube yang memaparkan komplikasi insiden di Singapura dan Asia menunjukkan, suspek secara terangan mencuri pakaian dalam yang disidai di balkoni blok berkenaan.
Menurut mangsa, ini merupakan kali kelima pakaian dalamnya hilang dari ampaian.
“Saya telah membuat laporan polis dan dia tidak pernah ditangkap,” tulisnya.
“Sebab itu saya memuatnaik video ini untuk tigkatkan kesedaran. Dia hanya mengambil pakaian dalam yang berenda,” tambahnya lagi.