Kesemua tebusan di 'synagogue' Texas dibebaskan

Astro Awani
Januari 16, 2022 12:01 MYT
Pasukan SWAT dilihat mengiringi tebusan pertama yang dibebaskan. - Foto AP
TEXAS: Kesemua individu yang dijadikan tebusan di sebuah synagogue (rumah ibadat Yahudi) di Texas, Amerika Syarikat telah dibebaskan selepas ditahan lebih 10 jam oleh seorang lelaki bersenjata.
Empat individu dijadikan tebusan di Congregation Beth Israel namun seorang dibebaskan enam jam kemudian selepas rundingan dengan polis.
Media tempatan melaporkan terdengar beberapa bunyi letupan di rumah ibadat tersebut sebelum Gabenor Texas, Greg Abbott mengumumkan pembebasan kesemua tebusan.
"Doa kami telah dimakbulkan. Kesemua tebusan berjaya dikeluarkan dan dalam keadaan selamat," katanya dalam ciapan terbaharu di akaun Twitter miliknya tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Prayers answered. All hostages are out alive and safe.

— Greg Abbott (@GregAbbott_TX) January 16, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jabatan Polis Colleyville berakata, pasukan tindakan SWAT dikerah ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.41 pagi Sabtu waktu tempatan.
Agen Biro Siasatan Persekutuan (Amerika Syarikat) FBI kemudian memulakan rundingan dengan suspek bagi membebaskan tebusan berkenaan.
BACA: Lelaki bersenjata tahan beberapa individu sebagai tebusan di 'synagogue'
Tiada kecederaan dilaporkan dan pihak polis tidak mendedahkan jenis senjata yang dimiliki suspek.
Lelaki berkenaan mendakwa dirinya adik kepada ahli neurosain warga Pakistan yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 85 tahun di Amerika Syarikat.
Suspek dikatakan mahu bercakap dengan kakaknya itu dan dia dibebaskan.
#tebusan #Bebas #synagogue #Greg Abbott
;