Konsep kesederhanaan ternyata berjaya menukar Azerbaijan menjadi sebuah negara yang dapat berdiri sendiri dengan ekonomi yang pelbagai dan kuat.
Presidennya Ilham Aliyev sentiasa menekankan kesederhanaan merupakan cara untuk menyatupadukan rakyatnya dan membawa kejayaan kepada negara Asia Barat ini yang mempunyai penduduk kira-kira 9.6 juta orang.
Dengan lain perkataan, presidennya amat fokus untuk menjadikan Azerbaijan yang mencapai kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet 25 tahun lalu sebagai sebuah negara yang lebih kuat dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Untuk itu, beliau sesungguhnya berjaya kerana ekonomi Azerbaijan yang kaya dengan pelbagai sumber tumbuh lebih tiga kali ganda sejak tiga tahun lalu.
Menurut Duta Malaysia ke Azerbaijan, Datuk Roslan Abdul Rahman, "menariknya ia (konsep kesederhanaan) berjalan baik, kurang berlaku ketegangan politik di sini."
Semua agama dilindungi di negara ini, katanya kepada Bernama semasa Kongres Agensi Berita Sedunia (NAWC) di sini baru-baru ini.
Beliau berkata misalnya gereja Armenian turut dilindungi walaupun secara teknikal Azerbaijan dan Armenia masih berperang.
"Jadi kita boleh lihat perkembangan seperti ini di sini," kata Roslan yang menjadi duta pertama Malaysia ke Azerbaijan apabila kedutaan Malaysia dibuka secara rasmi pada 12 Sept 2014 ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Azerbaijan.
Roslan mengingatkan kembali ucapan Aliyev ketika merasmikan NAWC yang berkata: "Akhirnya kita tinggal di tempat yang sama dan di negara yang sama dan kita cuba membangunkan negara ini dan Azerbaijan boleh menjadi model kepada banyak masyarakat yang cuba mencapai isu ini dan cuba bergerak terus."
Beliau berkata Azerbaijan masih melihat kepada Malaysia dan Indonesia untuk terus maju bagi menjadi contoh teladan kepada masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan kepercayaan.
Mengenai hubungan dua hala, pelaburan dan perdagangan, katanya syarikat minyak negara Petronas telah melabur kira-kira US$3 bilion dalam projek minyak dan gas di Azerbaijan sejak 2014.
Namun dari sudut hubungan sesama rakyat, masih tidak ramai rakyat Malaysia yang berkunjung ke Azerbaijan yang turut dikenali sebagai 'Tanah Api'.
"Kita mempunyai kepentingan ekonomi di sini. Kita akan kembangkan (aspek) politik, ekonomi dan kemudian sosial dan budaya selain hubungan antara rakyat," kata Roslan.
Beliau berkata keputusan kerajaan Azerbaijan untuk memberi visa ketibaan kepada rakyat Malaysia mulai awal tahun ini memberi kelesaan kepada rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke Azerbaijan.
"Kita juga cuba menggalakkan mungkin AirAsia untuk terbang ke Baku. Ia sudah mengadakan penerbangan ke Tehran yang sudah dekat dengan sini," katanya.
Beliau turut berharap Aliyev akan melawat Malaysia.
"Semasa lawatan Najib, beliau telah menjemput Presiden Aliyev ke Malaysia. Kita menunggu masa sesuai untuk presiden datang ke Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2017
Ilham Aliyev sentiasa menekankan kesederhanaan merupakan cara untuk menyatupadukan rakyatnya. - Reuters
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Azerbaijan belanja US$12 bilion untuk kerja pembinaan semula wilayah yang dibebaskan
Kerja-kerja pembinaan semula termasuk membina semula bandar dan kampung, jalan raya, jambatan, serta memulihkan monumen yang musnah.
Azerbaijan tandatangani kontrak beli jet pejuang JF-17 Pakistan
Pembelian pesawat JF-17 itu "akan memperkukuh keupayaan kuasa udara Azerbaijan.
Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL
Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lalu.
Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29
Azerbajian menasihatkan wakil dari 110 negara anggota COP29 supaya mengelak menuding jari sebaliknya tumpu kepada tindakan kolaboratif.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Armenia, Azerbaijan setuju bebaskan tahanan
Armenia dan Azerbaijan pada Khamis bersetuju untuk saling membebaskan tahanan.
Armenia zahir kekecewaan kenyataan delegasi PBB selepas lawatan ke Nagorno-Karabakh
Dengan kebimbangan dan kekecewaan yang mendalam, Armenia memperoleh maklumat mengenai lawatan delegasi PBB ke Nagorno-Karabakh.
Hampir 100,000 penduduk Nagorno-Karabakh lari ke Armenia
Hampir 100,000 penduduk melarikan diri dari Nagorno-Karabakh ke Armenia selepas wilayah itu ditawan Azerbaijan dalam operasi ketenteraan.
Depoh bahan api meletup di Nagorno-Karabakh ragut 20 nyawa, ratusan lagi cedera
Sekurang-kurangnya 20 orang maut, manakala 290 lagi cedera dalam insiden letupan depoh bahan api di wilayah Nagorno-Karabakh pada Isnin.
Nagorno-Karabakh: Azerbaijan, Armenia setuju gencatan senjata sepenuhnya - Rusia
Azerbaijan dan wakil penduduk Armenia di Nagorno-Karabakh telah bersetuju mengenai menghentikan permusuhan sepenuhnya melalui pengantaraan pasukan pengaman Rusia.