Kes positif COVID-19 di Indonesia 102,051, kematian 4,901

Bernama
Julai 28, 2020 18:13 MYT
Seorang petugas perubatan berjalan dalam khalayak sebuah pasar tradisional di Jakarta, untuk mengumpulkan sampel ujian. - Gambar fail
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 102,051 kes, dengan jumlah kematian keseluruhan kini 4,901 orang.
Berdasarkan data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 46,648 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari tadi, sebanyak 63 lagi kematian dicatatkan, manakala kes positif baharu adalah sebanyak 1,748 kes.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 21,125 kes, diikuti Jakarta (19,995) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.
Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,630 orang, diikuti Jakarta (784), Jawa Tengah (582), Sulawesi Selatan (311) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
#COVID-19 #Indonesia #Jakarta #jangkitan #koronavirus
;