Kes pertama polio liar di Malawi dikesan
Astro Awani
Februari 19, 2022 14:21 MYT
Februari 19, 2022 14:21 MYT
MALAWI: Pihak berkuasa di Malawi mengesahkan satu kes polio liar melibatkan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di Lilongwe.
Ia menjadikannya kes pertama dalam tempoh lebih lima tahun.
Analisis makmal menunjukkan varian itu ada kaitan dengan salah satu jangkitan polio di Pakistan.
Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih menyifatkan situasi itu sebagai endemik.
Malah, kes import berkenaan tidak menjejaskan status bebas virus polio liar yang diperoleh rantau Afrika sebelum ini.
Malawi sebelum ini diisytiharkan bebas polio pada tahun 2020.
Sehingga kini, tiada ubat untuk mengubati penyakit polio, namun ia boleh dicegah dengan vaksin.