Kes naik mendadak, hospital Indonesia terpaksa pilih pesakit ke ICU

Agensi
Ogos 31, 2020 10:08 MYT
Disebabkan jumlah kakitangan terlatih adalah terhad, kebanyakan permintaan kemasukan pesakit terpaksa ditolak.. -Gambar hiasan
Peningkatan kes COVID-19 di Indonesia sejak kebelakangan ini memaksa hospital-hospital utama di Jakarta membuat keputusan berani dalam menentukan pesakit yang layak mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sebaliknya.
Perkara ini disahkan sudah dilaksanakan di Hospital Friendship, hospital kendalian kerajaan negara itu dengan jumlah kemasukan pesakit hanya 83 sehari.
Disebabkan jumlah kakitangan terlatih adalah terhad, kebanyakan permintaan kemasukan pesakit terpaksa ditolak.
Pada Khamis, hospital berkenaan menerima sebanyak 103 kes untuk dirujuk, namun hanya 12 yang diterima.
Sementara itu, Dr Erlina Burhan yang merupakan doktor di Hospital Friendship melahirkan kebimbangan dengan lonjakan kes di Indonesia sehingga terpaksa membuat keputusan sedemikian.
"Doktor bergelut membuat keputusan siapa yang layak dan siapa yang tidak layak untuk ditempatkan di ICU.
"Saya cukup risau..apakah lama kelamaan kami (doktor) perlu memainkan peranan sebagai Tuhan? Saya sungguh bimbang," jelasnya.
Indonesia kini mencatatkan hampir 175,000 kes jangkitan dengan lebih 7,400 kematian akibat COVID-19 iaitu yang tertinggi di Asia Tenggara.
#COVID19 #Hospital #Indonesia #Jakarta #jangkitan #kerajaan #koronavirus #Mutasi
;