Kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia hampiri 18 juta

Astro Awani
Ogos 2, 2020 07:33 MYT
Angka jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini merekodkan 17.95 juta kes. -Gambar fail
ANGKA jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini merekodkan 17.95 juta kes.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan terdapat pertambahan hampir 300,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4.6 juta kes positif.
Ini diikuti Brazil dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.7 juta kes dan India 1.7 juta kes.
Rusia dan Afrika Selatan melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 849,000 kes dan 511,000 kes.
Enam negara Mexico, Peru, Chile, Iran, Columbia dan United Kingdom (UK) pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19.
Sementara Jerman, Sepanyol, Pakistan, Arab Saudi, Perancis dan Itali antara negara catat lebih 200,000 jangkitan.
Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan COVID-19 di bawah 100,000 kes.
#Amerika Syarikat #Angka jangkitan #COVID-19 #Johns Hopkins University #kes positif #koronavirus #negara paling teruk terjejas #United Kingdom
;