Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia diramal capai kemuncak Ramadan ini
Astro Awani
Mac 15, 2020 12:56 MYT
Mac 15, 2020 12:56 MYT
Wabak koronavirus dijangka mencapai kemuncaknya pada bulan Ramadan ini di Indonesia.
Badan Intelijen Negara (BIN) ketika meramalkan situasi itu berkata tempoh berkenaan dikira berdasarkan tarikh pertama jangkitan yang dikesan pada 2 Mac lalu, lapor portal Media Indonesia.
Mengikut kiraan BIN, tempoh kemuncak jangkitan itu adalah pada hari ke-60 hingga ke-80 yang jatuh pada bulan puasa dalam kalendar Islam.
“Jika dikira, berdasarkan model ini, tempoh kemuncak itu mungkin jatuh pada Mei.
"Tepat pada bulan puasa,” kata Afini Boer, Timbalan ke-5 BIN.
Ramadan di Indonesia tahun ini dijangka disambut bermula pada 23 April.
#Afini Boer
#Agensi Perisikan Indonesia
#Badan Intelijen Negara
#COVID-19
#koronavirus
#Ramadan
#tarikh pertama jangkitan dikesan
#tempoh kemuncak