Kes harian COVID-19 di Taiwan lepasi 50,000 buat pertama kali
Bernama
Mei 10, 2022 17:21 MYT
Mei 10, 2022 17:21 MYT
TAIPEI: Kes harian COVID-19 di Taiwan pada Selasa melebihi angka 50,000 buat pertama kali dengan 50,828 kes baharu dan 12 kematian dicatatkan, menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Epidemik (CECC).
Kes baharu itu terdiri 50,780 jangkitan tempatan dan 48 kes import, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).
Sementara itu, menurut CECC kes kematian melibatkan lapan lelaki dan empat wanita berusia 20-an hingga 90-an.
Sehingga kini Taiwan telah mencatatkan 448,323 kes COVID-19 manakala kes kematian adalah sebanyak 943 sejak pandemik bermula pada awal tahun 2020.
-- BERNAMA