Kes flu meningkat di Itali, hospital sesak
Bernama
Januari 5, 2024 18:05 MYT
Januari 5, 2024 18:05 MYT
ROM: Penyebaran virus flu di Itali amat membimbangkan dengan kes di unit rawatan rapi berkaitan virus itu meningkat hampir dua kali ganda pada minggu lepas, menurut Federation of Health and Hospital Companies Itali (FIASO).
Kes flu meningkat manakala kes COVID menurun sekali gus memberi impak yang lebih besar kepada sistem penjagaan kesihatan negara secara menyeluruh.
"Kes-kes COVID digantikan dengan flu," menurut Presiden FIASO Giovanni Migliore.
Sementara itu, Persatuan Perubatan Kecemasan Itali (SIMEU) berkata hospital di Rom, Milan dan Turin kini sesak.
"Kami berusaha untuk memberi perkhidmatan tetapi kami berada dalam situasi yang sangat sukar," kata Presiden SIMEU Fabio de Laco.
Peningkatan masalah pernafasan dalam kalangan warga emas merupakan faktor utama peningkatan kes flu.
-- BERNAMA