Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi

Agensi
Mac 6, 2024 07:50 MYT
Brazil hanya akan menerima enam juta dos vaksin demam denggi setiap tahun untuk lima tahun akan datang. - Gambar Reuters
BRASILIA: Kes demam denggi terus meningkat di Brazil sekali gus menjadi satu cabaran besar kepada rancangan vaksinasi di negara tersebut meskipun pelabagai usaha dilakukan memerangi penyakit tersebut.
Menurut Kementerian Kesihatan Amerika Selatan, Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Pakar penyakit berjangkit Brazil, Renato Kfouri berkata, ketersediaan dos vaksin yang terhad merumitkan usaha memerangi wabak sekali gus, menyebabkan pegawai kesihatan bergelut mengurus wabak secara berkesan.
Rancangan vaksinasi Brazil bertujuan mengawal penyebaran demam denggi dengan menumpukan kawasan utama dengan kadar penularan yang tinggi.
Walau bagaimanapun, negara tersebut hanya akan menerima enam juta dos vaksin demam denggi setiap tahun untuk lima tahun akan datang.
Menurut anggaran Kfouri, akan memberikan imuniti kepada lebih kurang daripada 13 peratus populasi.
Tambah Kfouri, ia tidak mencukupi mengawal penyakit atau mengurangkan bilangan kes demam denggi di negara itu.
Brazil juga berdepan cabaran lain yang menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi, seperti perubahan iklim, peningkatan suhu dan peredaran sekurang-kurangnya tiga serotip virus demam denggi, menjadikan penduduk lebih mudah terdedah kepada demam denggi.
#vaksin #denggi #Brazil #Renato Kfouri
;