Kes COVID-19 India lepasi 30 juta, cetus kebimbangan strain baharu
Bernama
Jun 23, 2021 17:15 MYT
Jun 23, 2021 17:15 MYT
NEW DELHI: Jumlah kes COVID-19 di India melebihi 30 juta pada Rabu selepas 50,848 lagi jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Jumlah kematian baharu pula 1,358, menjadikan jumlah terkumpul setakat ini seramai 390,660, menurut data Kementerian Kesihatan.
Walaupun India telah menyaksikan penurunan kes dalam beberapa hari lalu, timbul kebimbangan berikutan kemunculan virus Delta Plus.
Kerajaan persekutuan mengeluarkan amaran di negeri Maharashtra, Kerala dan Madhya Pradesh selepas banyak kes dikesan membabitkan virus baharu itu.
Dikenali "varian of concern", kerajaan meminta semua negeri untuk segera mengambil langkah pencegahan,meningkatkan saringan, pengesanan dan vaksinasi di daerah yang terjejas.
Delta Plus ialah strain mutan baharu dari varian Delta yang pertama kali dikesan di India dan mudah merebak.
-- BERNAMA
#India
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#jumlah kematian
#jangkitan
#vaksin
#Varian Delta
#varian delta plus