Kes COVID-19 hampiri 14 juta, India negara terbaharu rekod 1 juta jangkitan

Astro Awani
Julai 17, 2020 07:22 MYT
India menjadi negara terbaharu merekodkan 1 juta kes COVID-19 pada Sabtu. - Gambar fail
INDIA menjadi negara terbaharu merekodkan 1 juta kes COVID-19 pada Sabtu.
Ia menjadikan negara itu sebagai negara ketiga paling teruk terjejas selepas Amerika Syarikat dan Brazil.
Angka jangkitan COVID-19 di seluruh dunia pula mencecah 13.92 juta kes.
Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 500,000 kes baharu dalam tempoh 48 jam.
AS kekal negara paling teruk terjejas dengan 3.62 juta kes positif.
Ini diikuti Brazil dengan 2.01 juta kes.
Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan merekodkan 758,000 kes.
Peru, Chile, Afrika Selatan dan Mexico pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19.
Sembilan negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu United Kingdom, Iran, Sepanyol, Pakistan, Itali, Arab Saudi, Turki, Perancis dan Jerman.
Lima lagi negara merekodkan angka positif melebihi 100,000 ialah Bangladesh, Colombia, Kanada, Qatar dan Argentina.
Negara-negara lain masih merekodkan angka jangkitan COVID-19 bawah 85,000 kes.
#Amerika Syarikat #AS #Brazil #Colombia #COVID-19 #India #Johns Hopkins University #kes positif #koronavirus #Pakistan #United Kingdom
;