Kes baharu COVID-19 di Perancis melebihi 100,000 kes

Bernama
Disember 26, 2021 16:18 MYT
Data jabatan kesihatan awam menunjukkan 104,611 kes baharu telah didaftarkan, peningkatan sebanyak 84,272 kes sejak sejak 22 Dis. - Gambar fail
PARIS: Perancis mencatatkan rekod kes baharu COVID-19 pada Sabtu, pertama kali melebihi paras 100,000 sejak pandemik bermula, lapor Agensi Anadolu.
Data jabatan kesihatan awam menunjukkan 104,611 kes baharu telah didaftarkan, peningkatan sebanyak 84,272 kes sejak sejak 22 Dis.
Lonjakan itu didorong oleh pengesanan varian Omicron pada minggu terakhir November.
Pihak berkuasa kesihatan sebelum ini mengunjurkan kes harian boleh mencecah 100,00 kes menjelang akhir bulan.
Sehubungan itu beberapa langkah-langah keselamatan baharu mungkin diperkenalkan sebelum perayaan Tahun Baru.
Pada Isnin Presiden Emmanuel Macron dijadual mempengerusikan mesyuarat majlis kesihatan dan rang undang-undang pas vaksin dijangka dibentangkan kepada Majlis Menteri.
Kerajaan berhasrat untuk menerima pakai rang undang-undang itu pada Januari yang mewajibkan suntikan dos penggalak kepada populasi dewasa.
Rang undang-undang itu juga akan mengenakan sekatan yang lebih ketat terhadap lima juta orang yang enggan divaksinasi.
-- BERNAMA
#COVID-19 #Omicron #kes melonjak #Perancis
;